CADANGAN TARIKH : 15 – 28 APR 2010 /
PENERBANGAN : QATAR AIRWAYS
ANGGARAN HARGA PAKEJ RM 4,890 DEWASA / 4290 KANAK2
PIMPINAN UST HJ HASSAN YATIM
PENGARAH URUSAN HBY TRAVEL
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN VISA
• Pasport Antarabangsa yang sahlaku lebih 6 bulan dari tarikh berlepas
• 4 keping gambar warna ukuran 4cm x 6cm berlatarbelakang warna putih. Wajah gambar mestilah jarak telinga ke telinga 3 cm, atas kepala ke dagu 4 cm, tidak bersongkok/kopiah bagi muslimin dan tudung berwarna gelap bagi muslimat.
• Buku suntikan Meninggocol ACYW-135.
• Permohonan dibuat dua bulan sebelum berlepas untuk kemudahan tempahan tiket.
• Pendahuluan RM 500 (Tidak akan dikembalikan jika tarik diri disaat akhir) Bayaran penuh dibuat 30 hari sebelum tarikh berlepas.
PAKEJ TERMASUK:
Tiket penerbangan pergi-balik ( kelas ekonomi ) Penginapan Madinah – Manazil Muhajareen atau setaraf (80m)Makkah - Al Sofwa atau setaraf (150m)
Visa Umrah.
Makanan masakan melayu 3 kali sehari.
Ziarah di Makkah, Madinah dan Jeddah. Ziarah tambahan ke Hudaibiah atau Kiswah sekiranya ada permohonan Khidmat Mutawwif.
Cendera hati – Beg, Buku Panduan serta Air Zam-zam 10 liter.
Kursus Umrah
ATURCARA PAKEJ UMRAH BULAN APRIL (14H/12M)QATAR AIRWAYS
Hari 01 : KUALA LUMPUR – DOHA :
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas untuk urusan penerbangan pada jam 1010 pagi. Sampai di Doha pada pukul 1235 tgh. Jemaah akan dibawa terus ke Jeddah pada pukul 1345 ptg. Dan seterusnya akan dibawa ke Madinah dengan bas berhawa dingin. Jemaah dijangka tiba di Madinah pada jam 2300 mlm dan terus dibawa ke hotel untuk berihat.
Hari 02 : JEDDAH – MADINAH :
Solah Subuh dan menziarahi Makam Rasulallah secara perseorangan atau berkumpulan dan seterusnya bebas untuk urusan peribadi.
Hari 03 : MADINAH - MAKKAH:
Jemaah akan dibawa menziarahi tempat bersejarah di Madinah seperti Makam Rasulallah, Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Perkuburan Baqi dan Pasar Kurma.
HARI 04 :
Acara bebas untuk jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadat umrah atau urusan peribadi
Hari 05 : MAKKAH :
Jemaah akan dibawa untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Makkah seperti Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Mudzalifah, Mina dan Jeranah. Jemaah akan di bawa ke Jeranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan Ibadah Umrah. Masa seterusnya adalah bebas
Hari 06 –12: MAKKAH :
Acara bebas untuk jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadat umrah atau urusan peribadi.
Hari 13 : MAKKAH – JEDDAH DOHA :
Sebelum meninggalkan Makkah para jemaah dinasihatkan supaya menyempurnakan Tawaf Wida’. Jemaah akan dibawa ke Jeddah untuk melawat sekitar Bandar Jeddah seperti Perkuburan Hawa, Pantai Laut Merah dan Masjid Terapong sebelum di bawa ke Airport untuk meneruskan penerbangan ke Doha pada jam 1745.
Hari 14 : DOHA - KUALA LUMPUR :
Jemaah tiba di Doha pada pukul 2000 mlm dan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur pada jam 0205. Selamat tiba di tanah air pada esok harinya jam 1440 ptg. Insya-Allah
.“SEMOGA BEROLEH UMRAH YANG MABRUR”
HARGA DAN JADUAL PENEBANGAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA
JADUAL PENERBANGAN
15 APR QR621 KULDOH 1010 / 1235
15 APR QR766 DOHJED 1345 / 1527
16APR QR765 JEDDOH 1745 / 2000
28 APR QR624 DOHKUL 0205 / 1440
No comments:
Post a Comment